The Octonauts

The Octonauts ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak United Kingdom yang diterbitkan oleh Silvergate Media untuk saluran BBC, CBeebies. Siri ini dianimasikan di Ireland oleh Brown Bag Films dan menggunakan pelakon suara British. Siri televisyen ini berdasarkan buku kanak-kanak Amerika-Kanada yang dikarang oleh Vicki Wong dan Michael C. Murphy daripada Meomi Design Inc. Rancangan ini mengikuti sebuah pasukan anak kapal yang terdiri daripada haiwan antropomorfik yang menjelajah di bawah air iaitu lapan pengembara yang hidup di pangkalan bawah laut, Octopod. Dari situ mereka mengalami pengembaraan bawah air dengan bantuan seangkatan kenderaan akuatik. Walaupun teknologinya hanya cereka, makhluk-makhluk eksotik dan lokasi-lokasi yang dihadapi oleh para anak kapal berdasarkan haiwan laut sebenar di habitat semula jadi masing-masing. The Octonauts telah diperbaharu untuk musim ke-5 yang akan "memperkenalkan persekitaran baharu, [...] watak-watak [baharu], dan angkatan kenderaan baharu" yang akan dikeluarkan pada sekitar tahun 2020.[1] Isi-isi dalam siri ini merupakan kesan daripada Star Trek dan Thunderbirds[2] yang dicampuri oleh Jacques Cousteau.

The Octonauts

Bahasa Inggeris
Negara asal United Kingdom
Ireland
Penerbit eksekutif Kurt Mueller
Stephanie Simpson
Cathal Gaffney
Darragh O'Connell
Jackie Edwards (CBeebies)
Pelakon suara Simon Greenall
Rob Rackstraw
Paul Panting
Keith Wickham
Jo Wyatt
Teresa Gallagher
Michael C. Murphy
Pengarah Darragh O'Connell
Henry Lenardin-Madden (tidak dikreditkan)
Penerbit Adam Idelson
Karen Ialacci
Gillian Higgins
Pengarah kreatif Stephen Robinson
Penggubah lagu tema Darren Hendley
Syarikat penerbitan Chorion (2010–2012)
Silvergate Media (2012–kini)
Brown Bag Films
Tempoh siaran 65 × 11 minit
3 × 23 minit
Siaran asal 4 Oktober 2010 (2010-10-04) – kini
Pencipta Meomi: Vicki Wong
dan Michael C. Murphy
Bilangan episod 116 (Senarai episod)
Genre Kanak-kanak
Animasi
Aksi
Pengembaraan
Bilangan musim 4
Saluran asal CBeebies